Program Lawatan Komuniti Madani ke NADI - KEY COMMUNICATOR J-KOM
5 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Oktober 2025, telah berlangsung Program Lawatan Komuniti Madani ke NADI - KEY COMMUNICATOR J-KOM. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 06:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenal NADI kepada komuniti setempat.
Sepanjang program ini berlangsung, telah berlangsung pemeriksaan Kesihatan Kendiri oleh staf NADI kepada komuniti. Selain itu, Staf NADI perkenalkan apa itu NADI, fungsi NADI dan manfaat NADI kepada komuniti. Akhir sekali, turut diadakan perbincangan mengenai inisiatif kerajaan iaitu BUDI MADANI RON95 tentang kelebihan dan mendapat maklum balas daripada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi maklumat kepada komuniti serta membina hubungan baik diantara staf NADI, komuniti dan pihak J-KOM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: